LIVERPOOL: Mohamed Salah percaya, kemenangan 2-0 ke atas Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi permulaan kepada kebangkitan Liverpool.
Salah menjaringkan gol pertamanya sejak Disember lalu untuk membantu Reds menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan.
Cody Gakpo turut meledak gol pertamanya bersama Liverpool pada separuh masa kedua.
Anak-anak buah Jurgen Klopp diceriakan lagi dengan kepulangan Diogo Jota dan Roberto Firmino daripada kecederaan, manakala Virgil van Dijk berada di bangku simpanan enam minggu selepas diketepikan.
“Ini kemenangan besar buat kami.
“Sepanjang seminggu ini kami berlatih dengan sempurna dan pemain teruja serta tidak sabar untuk merubah nasib mereka. Saya harap ia adalah satu permulaan (kebangkitan),” kata Salah.
From back to front in a flash ⚡
A memorable first Reds goal for Cody Gakpo ❤️ pic.twitter.com/Qr81i8soE8
— Liverpool FC (@LFC) February 14, 2023
Liverpool masih ketinggalan sembilan mata dari kedudukan empat teratas dan menghuni tangga kesembilan liga
Begitupun jurang dengan pasukan tangga keempat, Newcastle boleh dikurangkan kepada enam jika mereka menang di St. James’ Park hujung minggu depan.
Kemenangan itu juga hadir beberapa hari sebelum Liverpool menerima kunjungan Real Madrid di Anfield dalam saingan Liga Juara-Juara, Selasa depan. – AGENSI