Kedah teruskan aksi pra musim di Turkiye

Kedah teruskan aksi pra musim di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTALYA: Situasi getir bencana gempa bumi yang menimpa Turkiye tidak akan merencatkan persiapan pra musim skuad Kedah Darul Aman (KDA) yang ketika ini sudah pun tiba di sana semalam.

Ketua jurulatih KDA, Nafuzi Zain menjelaskan tempat penginapan dan sesi pra musim yang direncanakan skuad Kenari adalah jauh dari lokasi bencana alam itu, sekaligus keadaan selamat buat semua pemain dan pegawai yang terlibat.

KDA ketika ini berada di Limak Arcadia Sport Resort, Antalya, manakala kejadian gempa bumi itu berlaku di selatan Turkiye iaitu sekitar kawasan wilayah Gaziantep serta sempadan Syria.

“Untuk perlawanan dekat sini InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar, kerana situasi gempa bumi itu jauh dari kawasan yang kita berada sekarang, jadi tiada apa apa masalah dan mungkin perlawanan akan dilangsungkan mengikut yang kita rancang.

“InsyaAllah keadaan kita di sini selamat dan baik sahaja, dari segi pengurusan di sini semuanya dijaga dengan baik dan elok, jadi InsyaAllah segala perancangan kita dipermudahkan dan juga selamat dari segi semua faktor,” jelas Nafuzi.

KDA dijadualkan untuk mengadakan empat aksi perlawanan persahabatan bermula 9 Februari ini menentang FC Nasaf dari Uzbekistan, disusuli dua kelab dari Kazahstan iaitu Shakter Karaganda dan FK Maqtaraal pada 10 dan 12 Februari, serta FC Metalist Kharkiv dari Ukraine pada 14 Februari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya