Jangan pinggir sukan pemotoran - Azlan

Jangan pinggir sukan pemotoran – Azlan

AZLAN Shah Kamaruzaman (tengah) bersama pasukannya AS25 Racing Team Academy. – IHSAN AZLAN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba veteran negara, Azlan Shah Kamaruzaman mengakui, meletakkan harapan tinggi agar sukan pemotoran turut diberi perhatian seperti sukan-sukan teras lain ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023, Jumaat lalu.

Pelumba yang pernah beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia untuk kelas Moto2 itu berkata, dengan peruntukan yang diberikan kepada sukan tanah air, dia berharap pemotoran tempatan turut menikmati bantuan.

“Kita memang letak harapan setinggi gunung kalau kerajaan boleh membantu pasukan seperti kami yang ingin bawa bakat-bakat muda naik sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya juga berharap apa yang saya buat dapat sokongan kerajaan. Memang tak dinafikan kita memang ada banyak bakat muda, cuma masalah kita bajet, terutama untuk perlumbaan tempatan,” katanya selepas majlis pelancaran kerjasama antara AS25 Racing Team Academy dan produk minyak pelincir tempatan, Darsa Lube serta Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, kelmarin.

Menurut pelumba berusia 39 tahun itu, sejak dari dulu lagi, sukan pemotoran negara berdepan masalah yang sama iaitu kewangan.

Dia sendiri tidak tahu adakah masih ada bantuan kewangan untuk sukan pemotoran kerana sehingga kini sebagai pelumba dia tidak melihat sokongan itu diberikan.

“Saya nak cakap memang agak sukar tapi kita memang kurang mendapat sokongan kerajaan, sebagai contoh Cub Prix. Peruntukan itu sama ada datang daripada penaja atau poket sendiri,” ujarnya.

Azlan yakin jika betul haluannya, sukan pemotoran negara boleh berkembang dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Mengulas pula mengenai geran RM50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan negara, Azlan berkata, usaha itu satu permulaan yang baik bagi menggalakkan penaja-penaja lebih berani tampil ke hadapan menyokong sukan pemotoran.

“Kita sebenarnya terbuka untuk menerima masuk penaja, tak kira produk apa sekalipun boleh sahaja masuk menaja kami,” katanya yang turut berharap pelumba muda tidak dipinggirkan daripada peruntukan dana untuk atlet bagi program latihan dan kemudahan sukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya