Jang mahu bermula langkah kanan

Jang mahu bermula langkah kanan

PEMAIN Negeri Sembilan ketika menjalani persiapan di Sendayan, Seremban semalam menjelang aksi Liga Super bertemu Sri Pahang malam ini. – MINGGUAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: K. Devan mahu sekurang-kurangnya satu mata diraih Negeri Sembilan FC apabila membuka kempen Liga Super 2023 dengan me­nerima kunjungan Sri Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Mengakui pelawat tampak lebih bersedia berdasarkan persiapan pramusim, pengendali Hobin Jang Hobin itu bagaimanapun tetap yakin anak-anak buahnya dapat mencari keputusan positif di hadapan penyokong sendiri.

“Sudah tentu kami mahu tiga mata tetapi kena akui realiti di mana persiapan Sri Pahang dilihat lebih baik berbanding Negeri Sembilan, mereka pergi Thailand, pemain mereka juga mempunyai kualiti lebih baik malah kuota import mereka juga lebih banyak.

“Saya bukan mahu beri alasan, kami akan berusaha dapatkan mata penuh, namun catatkan keputusan seri dalam perlawanan pertama juga cukup baik

“Saya yakin pemain akan berikan aksi yang bersemangat di gelanggang sendiri, sokongan padu dan harapan penyokong mungkin dapat ubah suasana dan keputusan perlawanan itu nanti,” katanya ketika ditemui dalam sesi latihan pasukannya di Sendayan semalam.

PEMAIN Negeri Sembilan ketika menjalani persiapan di Sendayan, Seremban semalam menjelang aksi Liga Super bertemu Sri Pahang malam ini. – MINGGUAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Mengulas lanjut persiapan pasukannya, Devan memaklumkan prestasi dan kecergasan pemain termasuk awang import berada dalam keadaan terbaik dan masing-masing bersedia untuk diturunkan malam nanti.

Namun beliau memberitahu, cuma penyerang, Muhammad Shahrel Fikri Mohd. Fauzi mungkin tidak dapat diturunkan dalam aksi pertama pasukan berikutan mengalami sedikit kecederaan.

“Berdasarkan persiapan pasukan yang suntuk termasuk beberapa pemain import yang baharu sahaja bersama pasukan, saya masih lagi menilai keupayaan sebenar para pemain.

“Ia perlu mengambil masa dan pemain import yang baharu tiba seperti Casagrande serta Vinicius Leonel Ferreira Da Silva juga memerlukan masa untuk memahami corak permainan dan taktikal pasukan.

“Selepas mengharungi beberapa perlawanan dan keputusan diperoleh, barulah saya boleh menjangkakan sasaran lebih tempat untuk pasukan Negeri Sembilan bagi musim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya