Jang diikat Tok Gajah di Paroi

Jang diikat Tok Gajah di Paroi

PERTAHANAN Negeri Sembilan Che Rashid Che Halim mengawal rapi penyerang import Sri Pahang FC, Kpah Sherman Sean dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC memulakan aksi Liga Super 2023 dengan mengutip satu mata selepas seri 1-1 dengan Sri Pahang FC malam tadi.

Berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, aksi seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan, namun tuan rumah terlebih dahulu memperoleh gol pada minit ke-20.

Ia menerusi jaringan penyerang import baharu skuad Jang, Casagrande yang merembat kencang dari dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Mohd. Izham Tarmizi Roslan.

Memasuki babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan iaitu hasil tandukan Abdul Malik Mat Arif pada minit ke-47 selepas menerima hantaran David Rowley.

Aksi terus rancak apabila kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan bagaimanapun namun buntu mendapatkan gol kemenangan.

Sehingga tamat perlawanan, keputusan kekal terikat satu sama sekali gus masing-masing mengutip mata pertama untuk musim ini -UTUSAN ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN