Iceland hanya satu ‘persinggahan’

Iceland hanya satu ‘persinggahan’

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luqman Hakim Shamsudin mendedahkan, dia sendiri minta untuk dipinjamkan kepada kelab Iceland, Njardvik FC yang dianggap tempat per­sing­gahan untuk melonjakkan kariernya ke peringkat lebih tinggi.

Penyerang muda negara itu percaya, dia berpeluang mendapat minit permainan lebih banyak bersama kelab Divisyen Dua Iceland tersebut memandangkan jurulatih mereka, Arnar Hallson gemar menggunakan pemain muda dalam kebanyakan perlawanan.

Luqman yang bakal menginjak 20 tahun pada 5 Mac depan dipinjamkan selama semusim oleh kelabnya di Belgium, KV Kortrijk sepanjang 2023.

Selasa lalu, Njardvik FC mengesahkan ketibaan graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang berasal dari Kelantan itu yang sudah tiga tahun menyarung jersi Kortrijk, namun sukar menembusi skuad utama.

“Bagi saya, peluang bermain di sini, persinggahan untuk saya melangkah ke peringkat seterusnya pula tahun hadapan. Selepas itu, barulah saya akan fikirkan semula sama ada untuk kekal di KV Kortrijk atau mungkin berhijrah lagi sebagai pemain pinjaman.

“Saya yang meminta untuk ke sini. Ini keputusan saya dan saya memilih Iceland bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan.

“Salah satu sebab saya melakukan keputusan ini adalah kerana KV Kortrijk mempunyai ramai pemain yang baru dibeli, mereka juga berpengalaman. Jadi, saya nak ke pasukan lain supaya dapat minit permainan,” katanya.

Misinya itu tampak positif dan mampu dicapai memandang­kan Hallson mempunyai rekod baik dalam mengetengahkan pemain muda, termasuk memberi peluang kepada remaja berusia 14 tahun beraksi semasa di kelab lamanya.

Pada musim lalu, jurulatih berusia 50 tahun itu menggunakan pemain berusia 19 tahun, Vilhelm Thrainn Sigurjonsson sebagai penjaga gol utama dengan catatan sebanyak 19 penampilan dalam liga.

Laman web Transfermarkt turut mendedahkan penyerang muda Njardvik berjaya meraih lebih 1,000 minit permainan sepanjang musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya