Guardiola mungkin tinggalkan City

Guardiola mungkin tinggalkan City

PEP GUARDIOLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City menjangkakan pengendalinya, Pep Guardiola akan meninggalkan kelab berkenaan sebelum mereka dihukum kerana melanggar 100 peraturan kewangan.

Isnin lalu, kejutan berlaku dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila juara bertahan itu didakwa atas kesalahan kewa­ngan.

Dakwaan tersebut berkaitan maklumat kewangan me­ngenai hasil, butiran imbuhan pe­ngurus dan pemain, peraturan badan bola sepak Eropah, UEFA, keuntungan dan kemampanan serta kerjasama dengan penyiasatan liga.

Guardiola pada Mei lalu berkata, dia akan meninggalkan kelab itu jika dibohongi mengenai urusan kewangan kelab.

“Saya berkata kepada mereka, Jika kamu berbohong kepada saya, saya tidak berada di sini. Saya akan keluar,” kata Guardiola.

Menurut The Athletic, Guardio­la tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang sekatan yang mungkin dikenakan terhadap City.

Sebuah suruhanjaya bebas telah merujuk perkara itu de­ngan beberapa sekatan mungkin dikenakan, bermula daripada potongan mata sehinggalah di­singkirkan dari EPL.

Guardiola ntara individu yang pertama diberitahu menge­nai berita itu sebelum ia didedahkan kepada umum.

City dilaporkan telah mengupah salah seorang peguam bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bagi membantu mempertahankan kelab.

The Lawyer pula melaporkan City kini menilai nama besar daripada profesio­nal undang-undang untuk membantu mempertahankan kes yang dihadapi.

Peguam yang dihormati, Lord Pannick KC telah diupah oleh kelab ketika ingin membersihkan nama.

Pannick antara peguam terbaik generasinya dan bersedia untuk terlibat dalam kes yang mungkin menjadi ‘pertempuran undang-undang luar biasa’.

Ia bagaimanapun memerlukan kelab membayar harga mahal kerana upah Pannick dilaporkan mencecah 80,000 pound (RM414,280) sehari atau 400,000 pound (RM2.8 juta) seminggu.

Guardiola yang juga bekas jurulatih Barcelona memasuki tujuh bulan terakhir perjanjian sedia ada di Etihad.

Dia sebelum ini telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2025 bersama gergasi Liga ­Perdana itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN