Elon Musk serius mahu beli Manchester United

Elon Musk serius mahu beli Manchester United

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Elon Musk sedia membuat pusingan U dengan mengambil alih Manchester United menerusi bidaan 4.5 ­bilion pound (RM23.77 bilion).

Semua pihak yang berminat untuk membeli United perlu mengemukakan tawaran rasmi kepada keluarga Glazer pada tarikh akhir Jumaat ini.

United kini dalam proses untuk dijual, sama ada secara penuh atau sebahagian besar pegangan saham Glazer, bermakna mereka akan memiliki rakan kongsi baharu.

Musk yang pernah meme­gang takhta manusia terkaya dunia berminat untuk melabur dalam kelab yang memiliki 20 gelaran Liga Perdana Inggeris itu.

Pada Ogos 2022, Musk pernah menyatakan hasrat untuk membeli United tetapi kemudian menjelaskan itu cuma gurauan.

Begitupun kali ini, nadanya berbeza, dan pengasas Tesla itu benar-benar serius mahukan United, malah memantau rapat perkembangan di Old Trafford berkaitan dengan potensi pembeli kelab itu.

Musk bagaimanapun bukan calon tunggal untuk membeli United. Sebelum ini, orang terkaya Britain, Sir Jim Ratcliffe secara terbuka menunjukkan minat serius untuk membeli kelab itu.

Beberapa pelabur Amerika Syarikat dan kumpulan pelabur yang berpangkalan di Qatar juga bersedia membuat bidaan.

Terdapat juga laporan me­nyatakan konsortium Arab Saudi berminat mendapatkan Uni­ted, malah langkah mereka disokong kerabat diraja Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN