Elavarasan uji 19 muka baharu menjelang Sukan SEA

Elavarasan uji 19 muka baharu menjelang Sukan SEA

E. ELAVARASAN (kiri) memanggil 25 pemain untuk kem latihan pusat sebagai persiapan skuad bawah 23 tahun negara menghadapi Sukan SEA di Kemboja, Mei ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Malaysia bawah 23 tahun (B-23), E. Elavarasan memanggil 19 muka baharu daripada senarai 25 pemain yang akan menjalani kem latihan pusat enam hari sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pemain akan mula mendaftar diri Selasa depan dan satu aksi persahabatan tertutup telah diatur untuk menguji mereka.

“Daripada senarai 25 pemain yang dipanggil, Elavarasan telah memanggil 19 pemain baharu sebagai perancangan untuk menguji mereka.

“Selain itu, ia juga menjadi salah satu siri persiapan pasukan muda negara yang bakal bermain di Sukan SEA 2023 di Kemboja bermula 29 April sehingga 15 Mei 2023 depan.

“Panggilan ini dibuat memandangkan peraturan pertandingan bola sepak Sukan SEA 2023 telah menggunakan format umur iaitu bawah 22 tahun sahaja selain tambahan dua kuota pemain lebih umur.

 

 

“Kesempatan itu diambil dengan memberikan peluang dan laluan kepada pemain-pemain lain untuk diuji Elavarasan, manakala barisan tonggak Sukan SEA 2021 bakal dipanggil pada kem latihan pusat bulan depan,” kata kenyataan itu.

 

Sementara itu, enam lagi pemain diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan pada senarai 25 pemain.

Antara pemain yang pernah mendapat panggilan Malaysia B-23 dan kembali disenaraikan adalah Muhammad Najmudin Akmal (Johor Darul Ta’zim), Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan) dan T. Saravanan (Kuala Lumpur City).

Penyerang muda Selangor FC, Muhammad Aliff Izwan Yuslan yang berada dalam senarai awal skuad senior Harimau Malaya pada kempen Piala AFF 2022 turut dipanggil.

Ini kali kedua Elavarasan mengumpulkan skuad B-23 sejak Disember lalu, dan selain Sukan SEA, pasukan itu juga dipersiapkan untuk menghadapi kelayakan Piala Asia B-23 2024. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya