De Paula tekad bawa Melaka FC ke Liga Super

De Paula tekad bawa Melaka FC ke Liga Super

Guilherme de Paula ketika diperkenalkan sebagai pemain baharu Melaka FC di Casa Del Rio, Bandar Hilir, Melaka kelmarin. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Saya akan bantu Melaka FC menjuarai Liga M3 dan layak ke Liga Super musim depan.”

Itu janji pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula yang bagaikan menerima ‘talian hayat’ kedua apabila dipinjamkan kepada Melaka FC musim ini.

Pemain kelahiran Brazil turut mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana meminjamkannya bermain untuk Melaka FC.

“Ini cabaran baharu buat saya. Tidak kisah main di liga amatur, ini pentas terbaik untuk saya buktikan kemam­puan sebenar.

“Saya gembira dipinjamkan ke Melaka FC tidak kisah Liga M3 dilabelkan tidak setan­ding Liga Super. Saya mahu bermain baik dan melakukan sesuatu.

“Harap ini yang terbaik bukan untuk saya tetapi juga buat Melaka. Saya mahu menjaringkan sebanyak gol dan ini adalah sasaran saya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi Baharu Melaka FC di Casa Del Rio kelmarin.

De Paula, 37, membuat penampilan sulung dalam kancah bola sepak Malaysia pada 2015 bersama Selangor dan pernah mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kuala Lumpur.

Dia kemudian menandatangani kontrak bersama Pe­rak pada 2020 yang bersaing dalam Liga Super sebelum pemain naturalisasi ketiga skuad Harimau Malaya pada 2021.

Bagaimanapun, aksinya sering dikecam peminat sewaktu pusingan kelayakan Piala Dunia 2022, malah apabila jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon menyenaraikan pemain itu ia mengundang kecaman penyokong.

Malah sewaktu menyarung jersi JDT, pemain itu sering tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama dan kerana namanya disenaraikan dibangku simpanan.

Mengulas mengenai perkara tersebut De Paula berkata, dia tidak ambil peduli kecaman yang dilemparkan kepadanya kerana itu adalah asam garam yang perlu dilalui sebagai pemain bola sepak profesional.

“Melaka FC adalah pasukan baru saya dan saya akan buktikan sesuatu yang penting kemenangan dicapai dan paling utama layak ke Liga Super musim depan,” ujarnya.

Katanya, di bawah jurulatih dari Portugal, Pedro Hipolito dia merasa janggal dan dapat menyesuaikan diri dengan pemain lain.

Ujarnya, dia sudah mula mendapat keserasian sewaktu beraksi dalam perlawanan pra musim sebagai persiapan menghadapi Liga M3 bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.