Coman tak sanggup rai kekalahan PSG

Coman tak sanggup rai kekalahan PSG

KINGSLEY Coman meledak gol kemenangan Bayern Munich.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kingsley Coman tidak sanggup meraikan jaringannya ketika membantu Bayern Munich menumpaskan bekas pasukannya, Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 pada aksi pertama peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara, awal pagi hari ini.

Gol Coman pada minit ke-53 hadir tiga tahun selepas dia menjaringkan gol kemenangan Bayern dalam perlawanan akhir ketika menentang PSG di stadium kosong akibat pandemik Covid-19 di Lisbon.

Pemain sayap itu memulakan karier awalnya di PSG sebelum menyertai gergasi Itali, Juventus pada 2014 sebelum berpindah ke Bayern, setahun kemudian.

“Sukar untuk meraikan gol di sini kerana saya membesar di sini,” kata Coman selepas tamat perlawanan di Parc des Princes.

Bagi PSG, bermain di depan penyokong sendiri tidak memberi kelebihan, malah lebih mengecewakan gol penyamaan Kylian Mbappe dinafikan kerana ofsaid.

Mbappe merasakan dia sudah menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki lapan minit selepas menyudahkan hantaran Nuno Mendes, namun jaringan itu dibatalkan kerana Mendes hanya sedikit melepasi pertahanan terakhir lawan ketika bergerak.

Bayern menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Benjamin Pavard dibuang padang, namun ia malam yang mengecewakan buat PSG.

PSG kini berharap mereka mampu merubah keadaan pada aksi kedua di Munich, 8 Mac depan.

“Kami tidak membawa bekalan tetapi saya lihat kami boleh memberikan masalah kepada Bayern.

“Sekarang, kami hanya perlu pastikan semua pemain cergas apabila ke sana dan cuba melayakkan diri,” kata Mbappe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya