Cheng Hoe berdebar tunggu ‘wajah’ Selangor

Cheng Hoe berdebar tunggu ‘wajah’ Selangor

TAN Cheng Hoe memberi arahan kepada barisan pemain Selangor dalam sesi latihan kelmarin menjelang pertemuan menentang Kelantan United malam ini. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Cheng Hoe mengakui, berdebar melihat bagaimana ‘wajah sebenar’ Selangor FC pada aksi sulung Liga Super menentang Kelantan United malam ini kerana masih dalam proses mencari keserasian dengan import yang tiba agak lewat.

Katanya, biarpun Kelantan United beraksi dari Liga Perdana musim lalu, namun itu tidak menjanjikan laluan mudah buat Gergasi Merah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Perlawanan pertama bukan tugas mudah dan saya jangkakan agak sukar buat kami.

“Pemain import, lambat bersama pasukan. Macam Yohandry Jose Orozco baru seminggu tiba, jadi memang kena ambil masa. Ayron Del Valle juga baru sampai kurang tiga minggu.

“Jika dibandingkan Kelantan United, mereka sudah melakukan persiapan awal dan berlatih bersama dalam tempoh agak lama. Saya jangkakan perlawanan yang sukar, namun dengan kualiti pemain sedia ada, kita yakin raih keputusan positif.

“Bayangan untuk kesebelasan pemain dalam perlawanan pertama sudah ada dan kita juga dalam proses latihan terakhir. Kita akan melihat di setiap bahagian apa yang perlu diberikan perhatian dalam perlawanan pertama nanti untuk meraih tiga mata.

“Cuma saya berharap pemain dapat menjalani latihan dengan baik dan mengelakkan sebarang kecederaan bagi mengelak segala perancangan dan taktikal pasukan terjejas dalam misi meraih kemenangan pertama musim ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

FAISAL Halim antara muka baharu yang mewarnai Selangor musim ini.

Mengenai kualiti pemain yang dimiliki Selangor FC musim ini, Cheng Hoe berpuas hati dengan prestasi pemain sedia ada dan muka baharu selain berharap anak-anak buahnya mempamerkan persembahan yang terbaik untuk pasukan.

Pemain Selangor musim ini menjadi yang teramai mewakili Harimau Malaya dalam Piala AFF tahun lalu dan situasi itu memberi harapan kepada pasukan untuk mencatatkan prestasi cemerlang musim ini.

Pemain Selangor FC yang mewakili Harimau Malaya ialah Faisal Halim, Sharul Nazeem Zulpakar, Quentin Cheng, Fazly Mazlan, Nor Hakim Hassan, Muhkhairi Ajmal Mahadi, V. Ruventhiran, Ahmad Khuzaimi Piee, Brendan Gan dan Alif Haiqal Lokman Hakim Lau.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.