Chelsea sanggup bayar RM603 juta untuk Enzo

Chelsea sanggup bayar RM603 juta untuk Enzo

ENZO FERNANDEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea mengemukakan bidaan baharu sehingga 115 juta pound (RM603 juta) untuk mendapatkan bintang tengah Benfica, Enzo Fernandez.

Blues yakin mereka boleh mendapatkan pemain tengah yang membantu Argentina menjuarai Piala Dunia tahun lalu menerusi perjanjian yang akan menjadikannya pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak Britain.

Chelsea enggan berputus asa mendapatkan Fernandez selepas kecewa pada peringkat awal dan meneruskan usaha mereka untuk menandatangani pemain berumur 22 tahun itu sebelum tarikh akhir jendela perpindahan.

Fernandez secara peribadi telah mengulangi hasratnya untuk menyertai Chelsea selepas kelab itu kembali menyatakan minat untuk mendapatkannya walaupun me­nemukan jalan buntu sebelum ini.

JACK GREALISH

Tawaran Chelsea, yang dilaporkan akan dibayar secara ansuran dan 10 juta pound  (RM52 juta) melebihi penilaian klausa pembelian dalam kontrak Fernandez di Benfica. Ia mengatasi 100 juta pound (RM524 juta) yang dibayar Manchester City kepada Aston Villa untuk Jack Grealish.

Bagaimanapun, struktur cadangan Chelsea yang mahu membuat enam kali bayaran bagi mendapatkan Fernandez mengundang masalah selepas dilaporkan Benfica mahu yuran perpindahan itu dibayar secara sekali gus.

Presiden Benfica, Rui Costa membatalkan rancangan untuk menghadiri majlis makan malam perayaan semalam di tengah-tengah perbincangan yang semakin sengit dengan Chelsea.

Sementara itu, Fernandez difahamkan tidak berlatih semalam, manakala masa depannya bergantung kepada perbincangan antara kedua-dua kelab terbabit.

Chelsea tetap tidak berputus asa dengan menjadikan Fernandez sebagai sasaran utama di bahagian tengah mereka dan tidak berputus asa untuk mengukuh­kan tawaran mereka walaupun sudah membuat tujuh pembelian bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.