Chelsea mesti kalahkan Dortmund

Chelsea mesti kalahkan Dortmund

CHELSEA perlu melupakan keputusan mengecewakan seri dengan West Ham, Sabtu lalu apabila berdepan Dortmund esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Chelsea, Graham Potter mahu pemainnya mengerah semua yang ada untuk menumpaskan Borussia Dortmund dalam pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara esok.

Sekiranya Blues menang ke atas West Ham United pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu mereka pas­tinya bertandang ke Dortmund dengan moral tinggi.

Bagaimanapun, keputusan seri 1-1 membuatkan kelab London itu dalam keadaan suram.

Keputusan itu menjejaskan peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan selaku empat pasukan terbaik liga, walaupun saingan masih ­berbaki 16 perlawanan.

Chelsea kini menghuni tangga ke-10 liga dengan 10 mata ditinggalkan pasukan tangga keempat, Newcastle United.

Dalam sidang akhbar semalam, Potter menasihati ­pemainnya agar mencari jalan untuk mengalahkan Dortmund daripada terlalu memikirkan tentang me­layakkan diri ke saingan Eropah musim depan.

GRAHAM Potter (kanan) dan Reece James dalam sesi latihan Chelsea menjelang saingan Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund esok.

“Dalam pertandingan kalah mati apa sahaja boleh berlaku. Kami akan mengharungi dua perlawanan, jadi saya fikir ­daripada terlalu melihat perkara yang jauh ke depan, lebih baik fokus kepada ­Dortmund.

“Kami ada keupayaan menewaskan Dortmund tapi mereka juga pasukan yang kuat dengan kemampuan meraih keputusan baik.

“Kami perlu memahami situasi, pergi ke Dortmund dengan rendah hati dan rasa hormat tetapi cuba untuk menang,” kata Potter.

Potter juga mahu pemain lain belajar cara penyerang mereka, Joao Felix membuat permainan menjadi lebih mudah dan mencari jalan mencipta peluang menja­ringkan gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.