Bliese rancang ke Liga Super

Bliese rancang ke Liga Super

SUHAIMI SAIFUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama pewangi yang semakin dikenali di Malaysia dan Asia Tenggara, Bliese memberi bayangan akan memeriahkan Liga Super 2023 bersama salah satu pasukan yang bertanding dalam saingan bola sepak utama negara itu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bliese (M) Sdn. Bhd., Suhaimi Saiful mengakui, beberapa pasukan dari selatan tanah air, Lembah Klang dan dan utara datang mempelawa mereka untuk bersama pasukan ber­kenaan.

“Kami memang berminat dan sedang meneliti beberapa perkara dari sudut pemasaran dan pembangunan produk.

“Kami juga akan menghadiahkan sesuatu yang baharu kepada pengguna serta ejen-ejen Bliese tidak lama lagi,” kata Suhaimi.

Menurut Suhaimi, sebagai sukan yang dimainkan secara global, peminat bola sepak amat unik.

“Kami merancang untuk bersama salah satu pasukan sebagai tanda terima kasih dan hadiah kepada penyokong wangian Bliese,” katanya.

Sebelum ini, Bliese telah bersama pasukan bola sepak akar umbi di Kuala Lumpur iaitu KL Rovers Academy lebih dua tahun.

“Kami percaya dengan melibatkan diri dengan pasukan ini masyarakat dan komuniti akan lebih menerima jenama Bliese sebagai jenama wangian pilihan keluarga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN