Biar tidak ‘popular’, janji menang emas

Biar tidak ‘popular’, janji menang emas

ACARA chinlone menghadiahkan pingat emas buat skuad sepak takraw negara ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) terpaksa menukar pendekatan dalam usa­ha mendapatkan pingat emas pada Sukan SEA di Kemboja, Mei ini apabila tidak lagi memberi tum­puan kepada acara popular, regu dan regu berpasukan.

Dua edisi sebelum ini di Manila 2019 dan Hanoi 2021 menyaksikan Malaysia kempunan membawa pulang emas dalam sebarang acara, khususnya regu dan regu berpasukan yang dikuasai Thailand.

Justeru bagi mengelakkan Malaysia terus ketandusan pingat emas dalam sepak takraw, PSM mengalihkan tumpuan kepada acara dua sepasukan (beregu) dan chinlone.

Acara beregu berpotensi menamatkan kemarau empat tahun negara apabila nyaris menjadi penyumbang pingat emas di Hanoi tahun lalu, sebelum dikecewakan Indonesia dalam final.

Kali terakhir chinlone di­per­tandingkan di Kuala Lumpur 2017, Malaysia berjaya meraih emas menerusi acara linking.

“Kita sedang membentuk skuad baharu, jurulatih juga baharu (Ahmad Jais Baharun) tetapi dalam masa sama mahu mencapai sasaran yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu sekurang-kurangnya satu pingat emas.

“Jadi selepas melakukan kajian terperinci, dua acara ini dilihat mampu menjadi prospek negara.

“Bagi acara chinlone kami bercadang membawa masuk pakar dari Myanmar kerana itu sukan tradisi mereka dan kita pula ada peluang amat cerah untuk memenanginya,” kata Timbalan Presiden PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman kepada Utusan Malaysia semalam.

PSM sebelum ini juga pernah mendapatkan khidmat bekas jurulatih Myanmar, Khamo Win, serta dua tonggak, Myo Zaw Oo dan Win Naing, yang menjadi wira menggapai emas di Myanmar pada 2013 dan Singapura 2015 untuk membantu Malaysia ketika menjadi tuan rumah temasya sukan dwi tahunan itu.

Dalam masa sama, kemungkinan beberapa pemain sedia ada akan kembali beraksi dalam acara chinlone antaranya perejam berbisa, Azlan Alias yang sebelum ini membarisi skuad yang me­nyumbangkan pingat emas di Kuala Lumpur enam tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya