Barisan pemain mahal Chelsea buntu berdepan West Ham

Barisan pemain mahal Chelsea buntu berdepan West Ham

GOL pendahuluan Joao Felix gagal membantu Chelsea untuk mencatat kemenangan ke atas West Ham United di Stadium London sebentar tadi.

LONDON: Chelsea gagal untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila diikat 1-1 oleh West Ham United di Stadium london sebentar tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan The Blues gagal mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut selepas seri dalam dua perlawanan terakhir menentang Fulham dan Liverpool.

Dalam perlawanan tersebut, anak buah Graham Potter bagaimanapun terlebih dahulu membuka tirai jaringan hasil ledakan pemain pinjaman, Joao Felix yang menyudahkan hantaran Enzo Fernandez pada minit ke-16.

Bagaimanapun, kedudukan itu hanya bertahan 12 minit apabila Emerson Palmieri menyempurnakan umpanan Jarrod Bowen untuk menyamakan kedudukan buat West Ham.

Chelsea juga bernasib apabila gol apabila jaringan pertahanan West Ham, Tomas Soucek pada minit ke-82 dibatalkan selepas pengadil melihat video bantuan pengadil (VAR).

Satu mata yang diraih itu menyaksikan skuad The Blues terus bergelut di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 31 mata selepas mengharungi 22 perlawanan.-Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN