Ada yang tidak kena dengan Liverpool – Klopp

Ada yang tidak kena dengan Liverpool – Klopp

JURGEN Klopp (kiri) memeluk pemain tengah Liverpool, Harvey Elliott selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace di Selhurst Park, selatan London semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukannya selepas seri tanpa jari­ngan menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Ing­geris semalam.

Reds berkunjung ke Selhurst Park dengan misi melupakan kekecewaan dibelasah Real Madrid 2-5 pada saingan Liga Juara-Juara, bezanya skuad kali ini tidak menyenaraikan penyerang utama, Darwin Nunez.

Liverpool masih mampu memberi ancaman apabila percubaan Diogo Jota dan Mohamed Salah hampir menerjah gawang.

Begitupun, keputusan seri menggusarkan Klopp pada ketika pengendali dari Jerman itu berusaha untuk kekal fokus bagi mengembalikan prestasi terbaik Liverpool.

PEMAIN tengah Crystal Palace, Albert Sambi Lokonga (kanan) menarik tangan penyerang Liverpool, Roberto Firmino dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, selatan London semalam. – AFP

“Saya suka bagaimana kami memulakan permainan, persefahaman yang baik, hantaran bagus, namun kami tidak menghadirkan ancaman.

“Lawan tidak me­lakukan percubaan, sedangkan kami ada tiga atau empat percubaan tepat, ada yang kena palang.

“Biasanya kami boleh menjaringkan satu atau dua gol dengan peluang dimiliki tapi ia tidak berlaku malam ini.

“Apabila bola sepak menjadi sesuatu yang mudah diramal, ia bermakna tugas lebih mudah buat pertahanan. Anda ­dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena, “ jelas Klopp.

Sementara itu, James Milner berkata, nasib Liverpool ­bergantung kepada seluruh pemain yang ada.

“Kami saja yang mampu mengubah nasib pasukan.

“Tahun ini prestasi kami agak merosot, dan kami perlu perbaiki kedudukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN