Zamsaham kalis ‘sek takir’

Zamsaham kalis ‘sek takir’

JURULATIH Kelantan FC, Choi Moon Sik (kiri) direhatkan ekoran prestasi 'teruk' pasukan dalam beberapa perlawanan di Liga Super.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berlapang dada menerima segala kritikan atau ‘takiran’ daripada peminat setia The Red Warriors (TRW) dalam usaha memperkasakan lagi pasukan bagi mengharungi saingan Liga Super.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Norizam atau lebih dikenali dengan julukan Zamsaham berkata, segala takiran itu diterima secara positif dan meminta pemain ke-12 TRW mendoakan yang terbaik buat Kelantan FC.

“Sebenarnya sebelum saya mengambil pasukan lagi saya sudah diingatkan mengenai sek takir (kumpulan suka mengkritik) ini. Kita ambil positif kerana mereka juga banyak memberi pandangan yang bagus dan membina.

“Mana-mana pandangan positif kita ambil. Saya faham semua mahu kemenangan. Saya juga begitu dan kerana itu saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk TRW,” katanya semalam.

AKSI Kelantan FC ketika menentang Buriram United. – IHSAN BURIRAM UNITED

Kelantan FC dikritik selepas dibelasan 7-0 oleh gergasi Thailand, Buriram United dalam aksi Asean Charity Shield yang berlangsung di Songkhla, minggu lalu.

Kelmarin, TRW yang dibimbing pengendali baharu dari Korea Selatan, Choi Moon Sik tewas 2-0 kepada Kedah Darul Aman (KDA FC) dalam satu lagi aksi pramusim sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia (Liga M) 2023.

“Memang jelas dilihat usaha dan semangat barisan kejurulatihan yang bersungguh-sungguh termasuk dalam membentuk keserasian pasukan. Kita bukan main-main dan telah membuktikannya apabila hampir bergelar juara Liga Perdana pada musim lepas.

KELANTAN FC tumpas 2-0 kepada Kedah di Alor Setar kelmarin. – IHSAN KELANTAN FC

“Pada musim ini juga, walaupun dengan berbelanja secara berhemah, saya datangkan juga ketua jurulatih bertaraf atarabangsa dan berpengalaman luas termasuk pernah bermain di pentas Piala Dunia untuk TRW,” ujar Norizam.

Norizam berkata, sebagai pendatang baharu di Liga Super TRW kekal dengan sasaran 10 terbaik.

Katanya, sasaran itu tampak realistik dan Kelantan FC akan berusaha memberikan yang terbaik untuk saingan musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN