United layak separuh akhir : Tiada makna tanpa piala- Ten Hag

United layak separuh akhir : Tiada makna tanpa piala- Ten Hag

Rashford merobek gawang Charlton Athletic sebanyak dua kali untuk membantu United mara ke separuh akhir Piala Liga.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan kemaraan ke separuh akhir Piala Liga tidak memberi apa-apa makna buat The Red Devils selagi tidak menjulang trofi.

Beliau mahu menamatkan kemarau trofi enam tahun United dan kejayaan menewaskan kelab divisyen tiga Charlton Athletic 3-0 semalam untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga meletakkan kelab itu di landasan terbaik bagi menjulang kejuaraan.

Erik ten Hag

“Separuh akhir tidak bermakna apa-apa. Ia hanya mengenai kemenangan,” katanya yang meletakkan sasaran untuk menghadiahkan sekurang-kurang satu piala untuk United.

Dalam aksi suku akhir itu menyaksikan ketajaman Marcus Rashford menembusi gawang lawan sebanyak dua kali dan satu gol menerusi Antony.

Jaringan itu juga menyaksikan Rashford telah meledak dalam enam perlawanan berturut-turut dan juga kemenangan kelapan berturut-turut United dalam semua kejohanan.

Rashford kini menjaringkan 15 gol dalam semua kejohanan musim ini berbanding hanya lima gol musim lalu dan telah mencetak jaringan dalam lapan perlawanan berturut-turut di Old Trafford.

“Apabila dia meletakkan dirinya dalam kedudukan itu, satu lawan satu dalam kotak penalti, dia akan menjaringkan gol. Itu yang dilakukannya ketika itu dan jika dia terus fokus dan terus melakukan seperti itu, dia akan mendapat lebih banyak gol lagi.

“Babak pertama saya gembira tetapi kurang puas hati kerana kami tidak klinikal depan gol. Kami cipta banyak peluang dan sepatutnya dapat lebih jaringan.

“Kadang-kadang kami perlukan lebih banyak hantaran dan kami terpaksa berjuang sehingga penamat. Tetapi kami menjaringkan gol daripada belakang, jadi saya fikir kami semakin bagus,”kata Ten Hag.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN