Thailand hampakan Vietnam untuk julang Piala AFF 2022

Thailand hampakan Vietnam untuk julang Piala AFF 2022

Thailand meraikan kejayaan menjulang Piala AFF 2022 selepas tewaskan Vietnam dengan keputusan aggregat 3-2 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Thammasat, Bangkok. (Foto: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Skuad kendalian Alexandre Polking memastikan mereka kekal menjadi Raja Bola Sepak Asia Tenggara selepas menafikan hasrat pencabar, Vietnam untuk menjulang gelaran Piala AFF 2022 dalam aksi perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Stadium Thammasat, Bangkok sebentar tadi.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan aggregat 2-2 ketika aksi perlawanan akhir pertama di Hanoi Jumaat lalu.

Wira Thailand, Theerathon Bunmathan menjadi pemusnah buat pasukan Vietnam apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke 24 sekaligus menjadikan kedudukan aggregat berubah menjadi 3-2.

Thailand sedikit goyah apabila pemainnya, Peeradon Chamratsamee dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua pada penghujung masa tambahan, namun ia kekurangan seorang pemain jelas bukan penghalang untuk mereka mengekalkan kelebihan defisit itu sehingga tamat perlawanan.

Lebih manis, Theerathon turut dinobatkan sebagai pemain paling berharga untuk kejohanan edisi kali ini.

Kejayaan ini juga menyaksikan Thailand menjulang kejuaraan Piala AFF yang ketujuh mereka sejak edisi 1996, sementara kedukaan di kem Vietnam, terutamanya Park Hang Seo yang akan melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Vietnam selepas tamat kejohanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN