MU perlahan-lahan kejar pendahulu EPL

MU perlahan-lahan kejar pendahulu EPL

CASEMIRO meraikan gol pembukaan Manchester United ketika menentang Bournemouth di Old Trafford.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Marcus Rashford menjaringkan gol dalam perlawanan keempat berturut-turut ketika Manchester United menumpaskan Bournemouth 3-0 untuk mengukuhkan kedudukan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Gol separuh masa pertama daripada bintang Piala Dunia Brazil, Casemiro dan jaringan babak kedua pemain antarabangsa England, Luke Shaw serta Rashford memberikan anak-anak buah Erik ten Hag kemenangan kesembilan daripada 10 perlawanan dalam semua pertandingan.

United yang tewas dua perlawanan pertama Liga Perdana musim ini, kini telah mengumpul 35 mata daripada 17 perlawanan – berkongsi mata  dengan pasukan tempat ketiga, Newcastle dan lima di depan Tottenham yang berada di tempat kelima.

CASEMIRO menjaringkan gol pembukaan Manchester United. – AFP

“Saya gembira dengan keputusan ini. Ia bukanlah perlawanan terbaik kami dan kami harus jujur bahawa kami tidak bermain dengan bijak sebagai satu pasukan.

“Kami membuat gol yang hebat tetapi ada kalanya kami agak bernasib baik, dan beberapa penyelamatan hebat daripada David (de Gea). Kami mungkin perlu lebih bijak sebagai satu pasukan,” kata Ten Hag.

Rashford kembali dalam kesebelasan utama United dalam aksi di Old Trafford  selepas digugurkan pada pertemuan menentang Wolverhampton, Sabtu lalu gara-gara tertidur dan terlepas mesyuarat pasukan.

Dia bagaimanapun masuk dari bangku simpanan untuk menghadiahkan gol kemenangan pasukannya dalam aksi tersebut.

United kini mengekori pendahulu, Arsenal dengan sembilan mata. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.