Mourinho sedia kembali ke England

Mourinho sedia kembali ke England

JOSE MOURINHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho sedia untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan selepas kecewa dan tidak menerima sokongan kewangan di AS Roma.

Ia akan menjadi senario yang hebat jika ­pengendali dari Portugal itu kembali buat kali ketiga ke Chelsea kerana wakilnya mengesahkan dia sememangnya berminat untuk mengisi kekosongan di Stamford Bridge.

Bagaimanapun, dia mendapati peluang itu agak sukar selepas Chelsea menegaskan mereka akan setia kepada Graham Potter meskipun masih tidak mendapat keputusan yang diharapkan setakat ini.

Isteri dan anak-anak Mourinho masih tinggal di London dan ini membuatkan dia lebih berminat untuk mengurus ­pasukan di EPL berban­ding liga lain di Eropah.

Mourinho memena­ngi Piala Liga Konferensi Eropah di Roma musim lalu dan kini di tangga keempat Serie A, namun kelab Itali itu tidak mempunyai sumber kewa­ngan yang cukup untuk merebut kejuaraan yang kini diterajui Napoli.

Dia juga mengintai ­tugasan di West Ham United yang mungkin mempunyai kekoso­ngan lebih awal kerana David Moyes kelihatan bergelut tetapi Mourinho tidak akan meninggalkan Roma di pertengahan musim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya