Mbappe ‘hilang’ pada sesi meraikan Messi

Mbappe ‘hilang’ pada sesi meraikan Messi

PEMAIN Paris Saint-Germain memberi guard of honour kepada Lionel Messi sekembalinya beliau ke Paris semalam selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022, bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kapten Argentina, ­Lionel Messi terharu apabila rakan-rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG) memberi guard of honour atau perbarisan hormat sekembali­nya dia ke kem latihan semalam daripada memenangi Piala ­Dunia di Qatar bulan lalu.

Messi disambut dalam majlis ringkas ketika kembali untuk memulakan latihan bersama gergasi bola sepak Perancis itu.

Bagaimanapun guard of ­honour itu tidak disertai oleh dua bintang PSG, Kylian Mbappe dan Achraf Hakimi, sebaliknya adik bongsu Mbappe, Ethan yang turut hadir meraikan ­Messi setelah dinaikkan ke dalam skuad utama PSG

Messi, 35, membantu Argentina menumpaskan Perancis yang diketuai Mbappe pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

“Ribuan terima kasih untuk semua rakan sepasukan dan semua pihak kerana meraikan kepulangan saya.

“Kami kini sudah kembali dan amat teruja untuk meneruskan semula misi musim ini, ­bersama Paris Saint-Germain,” kata Messi.

Sementara itu, pengurus PSG, Christophe Galtier berkata, Mbappe dan Hakimi diberikan cuti ‘khas’ selepas pendahulu Ligue 1 itu kalah mengejut 1-3 kepada Lens, Isnin lalu iaitu kekalahan pertama mereka musim ini.

Galtier juga akan memastikan hubungan Messi dan Mbappe tidak terjejas biarpun Mbappe menjadi mangsa sera­ngan psikologi oleh penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez sejurus Albiceleste menjulang gelaran Piala Dunia.

“Apa yang saya lihat selepas final dan lalui menerusi pe­ngalaman saya, tiada sebab untuk mencampur adukkan semua isu ini hanya disebabkan perilaku penjaga gol itu ­(Martinez) ke atas dirinya (Mbappe).

“Apa yang penting bagi saya adalah hubungan antara pemain.

“Mbappe mempunyai sikap yang bagus walaupun tewas.

“Sudah pasti dia kecewa, tetapi dia mengharungi dalam kelasnya tersendiri.

“Dia tetap mengucapkan tahniah kepada Messi dan itu sesuatu yang bagus untuk kelab dan pasukan,” jelas Galtier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya