Lelaki terkaya UK mahu beli Manchester United

Lelaki terkaya UK mahu beli Manchester United

SIR JIM RATCLIFFE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lelaki terkaya di United Kingdom (UK), Sir Jim Ratcliffe menyertai perlumbaan untuk membeli Manchester United selepas Keluar­ga Glazer memasukkan Red Devils di pasaran, November lalu.

Sehingga kini pemilik United masih mencari pembeli bersesuaian dan, Ratcliffe mengesahkan dia sedang bersaing untuk mengambil alih kelab itu.

Laporan juga me­nyatakan terdapat bidaan dari Amerika Syarikat (AS), Asia Barat dan Asia tetapi Ratcliffe, 70, adalah yang pertama me­nyatakan minat secara terbuka.

“Kami secara rasmi mele­takkan diri dalam proses (bidaan),” kata seorang jurucakap Ratcliffe.

Bidaan rasmi ditetapkan pada awal bulan depan de­ngan misi menukar pemilikan sebelum akhir musim.

Bagaimanapun potensi pe­ngambilalihan hanya boleh berlaku jika Glazers bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh mana-mana pembida.

Keluarga Glazer mencari pembida yang sanggup membeli Uni­ted lebih 5 billion pound (RM26.6 bilion).

“Jika kelab sedia untuk dijual, Ratcliffe pastinya bakal pembeli.

“Ini bukan soal wang yang telah atau tidak dibelanjakan.

“Ratcliffe sedang melihat apa yang boleh dilakukan dan tahu betapa penting­nya kelab itu kepada bandar ini,” kata jurucakap itu.

Ratcliffe adalah penyokong United seumur hidup dan dia merupakan taikun petrokimia yang kekayaannya dikatakan mencecah 21 ­billion pound (RM111 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN