Kelantan FC idam miliki pesawat peribadi

Kelantan FC idam miliki pesawat peribadi

NORIZAM Tukiman (tiga, kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pitch Platform, Sam Shafie (tiga, kiri) dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman penerbitan aset digital di Hotel Zamburger Kota Warisan, Sepang semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kelantan FC bercita-cita mahu menjadi kelab bola sepak pertama di Liga Malaysia (Liga M) yang mempunyai pesawat peribadi sendiri untuk memudahkan pergerakan pasukan untuk bertandang ke ge­langgang lawan.

Pemilik The Red Warrios (TRW), Norizam Tukiman berkata, pesawat peribadi milik pasukan adalah satu keperluan memandangkan Kelantan FC perlu menempuh perjalanan yang jauh termasuk ke Sela­ngor, Sabah dan Sarawak untuk mengharungi Liga M.

“Dengan pelaburan yang kita perkenalkan untuk peminat bersama pasukan, kita bukan sahaja mampu memiliki kemudahan gelanggang dan pusat latihan.

“Mungkin kita boleh beli dan memiliki pesawat peribadi untuk bawa pemain.

“Saya juga sudah buat semakan harganya sekitar RM15 hingga 20 juta namun, kita perlu buat perkiraan agar ia benar-benar berbaloi, pesawat boleh bawa 30 orang dan jika bukan musim perlawanan, kita boleh sewakan dan untuk jana pendapatan kepada pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kelantan FC dengan PitchIN iaitu sebuah platform pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Mengulas mengenai persiapan pasukan menjelang sepak mula Liga M bulan depan, Norizam mengakui tidak akan teragak-agak membuang ‘pemain tumpangan’ yang gagal memberikan komitmen pada sesi latihan pramusim yang dijalankan ketika ini.

Norizam yang mesra dengan panggilan Zamsaham berkata, senarai pemain untuk skuad utama Kelantan FC hampir lengkap sepenuhnya namun, masih ada rombakan kecil yang bakal dibuat bergantung dengan penilaian barisan kejurulatihan.

“Bagi saingan kali ini, senarai pemain pasukan hampir lengkap tetapi barisan kejurulatihan masih lagi menilai tahap kualiti pasukan kerana kita tidak mahu ada dalam kalangan mereka sekadar menjadi penumbang.

“Justeru, saya serahkan perkara tersebut kepada jurulatih kerana apa yang saya mahukan semua pemain pasukan bersedia untuk diturunkan tidak kira secara penggiliran di bangku simpanan atau kese­belasan utama.

“Pemain juga sudah faham dengan peraturan ini tidak kira pemain tempatan atau tonggak import.

“Jika semua berjalan lancar, kami akan umum senarai penuh pada awal bulan depan seiring pelancaran jersi baharu musim 2023,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya