Jom penuhkan Bukit Jalil bangkitkan semangat Harimau Malaya

Jom penuhkan Bukit Jalil bangkitkan semangat Harimau Malaya

KEHADIRAN 'pemain ke-12' mampu menaikkan semangat Harimau Malaya untuk mengatasi Singapura dalam misi wajib menang esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten skuad bola sepak negara, Faisal Halim menyeru semua penyokong Malaysia memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil esok untuk membantu misi Harimau Malaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF esok.

Malaysia turun dengan misi wajib menang ke atas Singapura untuk menempatkan diri dalam kedudukan dua terbaik Kumpulan B, sekali gus layak ke separuh akhir.

“Terima kasih, 33,000 telah mendapatkan tiket. Pada yang lain, sila dapatkan tiket anda sekarang untuk membantu kita melayakkan diri ke separuh akhir.

“Jom kita sama-sama penuhkan Stadium Bukit Jalil atas misi wajib menang bersama Singapura,” kata Faisal dalam satu video ringkas yang dikeluarkan di laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Setakat lima jam tadi, tiket perlawanan terakhir Kumpulan B antara Malaysia dan Singapura sudah terjual 32,652, namun masih banyak kerusi kosong boleh dipenuhi kerana Stadium Bukit Jalil mampu menampung sehingga 80,000 penonton.

Sokongan ‘pemain ke-12’ itu diharapkan bagi menaikkan moral dan motivasi anak-anak buah Kim Pan Gon yang memerlukan tiga mata untuk layak pada ketika Singapura hanya memerlukan seri.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, Malaysia menduduki tangga ketiga Kumpulan B dengan enam mata, manakala Vietnam mendahului saingan berkongsi tujuh mata bersama Singapura. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Β 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya