Jentera serangan Terengganu tumpul

Jentera serangan Terengganu tumpul

AKSI Terengganu FC (jersi putih) ketika menentang Kelantan United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus yang berkesudahan 1-1 kelmarin. – IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Ketumpulan jen­tera serangan menjadi kebimbangan buat pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menjelang sepak mula musim baharu Liga Super hujung bulan depan.

Menurut jurulatih dari Croatia itu, dua aksi pemanas badan yang dilalui anak-anak buahnya bertemu Kelantan United menampakkan kelemahan ketara di bahagian depan.

Begitupun, dia tetap optimis skuad Sang Penyu mampu memperkemaskan rentak dibantu kehadiran penyerang Thailand, Adisak Kraisorn yang akan mula menjalani latihan minggu ini.

“Dalam tempoh pramusim keputusan adalah tidak penting dan selepas dua perlawanan, saya dapat mengenali permainan pemain dengan lebih dekat terutama pemain muda.

“Ada kalangan pemain muda layak untuk membarisi kese­belasan utama namun beberapa lagi belum mencapai tahap Liga Super sebaliknya perlu lebih gigih merebut tempat dalam pasukan.

“TFC harus membaiki ba­nyak aspek terutama tindakan penyudah kerana peluang yang ada gagal disudahkan dengan baik tetapi kami masih ada masa meningkatkan prestasi.

“Adisak akan turut serta ke Lembah Klang dan saya akan lihat jika dia bersedia digan­dingkan dengan Ivan Mamut,” katanya selepas seri 1-1 dengan Kelantan United kelmarin.

KEHADIRAN Adisak Kraisorn diharap mampu menajamkan jentera serangan.

Perlawanan itu merupakan aksi pramusim kedua skuad ­Penyu setelah mengalahkan lawan sama 2-1 di Kota Bharu, 21 Januari lalu.

Steinbruckner memberitahu, TFC akan bertemu skuad Liga Simpanan KL City FC Sabtu ini disusuli aksi dengan anak-anak buah Bojan Hodak dan Negeri Sembilan FC pada 31 Januari.

“Kami masih berusaha mencari seorang lagi ‘arkitek’ di posisi tengah yang mampu menjadi penjaring gol dan mencipta gerakan sama ada pemain tempatan, naturalisasi atau import ASEAN

“Dengan perlawanan persahabatan yang diatur ini saya harap barisan pemain dapat mengambil peluang membuktikan kemampuan sebagai persediaan musim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya