Ada impian sendiri, bukan terus dibayangi ayah - Osama Yamani - Utusan Malaysia

Ada impian sendiri, bukan terus dibayangi ayah – Osama Yamani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Osama Yamani, 24, mengakui enggan terus dibayangi bapanya, Datuk Jamal Abdillah dan ingin membina nama atas pencapaiannya sendiri.

Menulis di platform Thread, pemilik nama penuh Osama Yamani Jamal Ubaidillah berkata bagaimanapun dia berusaha untuk berdiri di atas bakat sendiri dan menunggu masa untuk menyerlah tanpa menggunakan tiket dan pengaruh bapanya.

“Bukan apa, aku dah hidup Lama atas nama Jamal Abdillah . Sebagai seniman aku ada impian yang aku nak bina Kerajaan sendiri, bukan masih dibayangi kerajaan Ayah. Faham kan?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aku sebagai Osama nak bina kerajaan sendiri, jenama sendiri, atas nama aku dan usaha sendiri .

“Aku tahu jalan aku pilih ini ada naik turunnya. Tapi itulah aku. Sebab aku tahu aku ada barang sendiri dan bapak aku akui yang aku mampu jauh lebih baik. Cuma masih usaha dan masa belum tiba. Sabar dan terus usaha,” katanya.

Perkongsian Osama itu menarik perhatian ramai, antaranya anak kepada Allahyarham Hamdan Senario yang turut mengalami dilem yang sama.

Membalas di ruangan komen, Osama memaklumkan sebagai anak penyanyi dan pelakon berpengaruh, mereka tidak mempunyai pilihan selain menghadapi tempias bergelar anak selebriti terkenal.

“Kita Anak artis legenda ini memang kena hadap benda remeh mcm ini. Kau pun anak Hamdan Senario. Aku tahu nasib kita lebih kurang.

“Tapi mereka tak faham yang kita ini ada perasaan dan hati, yang nak berpijak di kaki sendiri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN