Jangan buang tenaga ratapi kekalahan, fokus kalahkan Spurs

Jangan buang tenaga ratapi kekalahan, fokus kalahkan Spurs

JACK Grealish (kiri) dan Erling Haaland menjalani latihan semalam menjelang pertemuan menentang Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pep Guardiola menggesa pemainnya agar tidak ‘membazir tenaga’ meratapi kekalahan kepada Manchester United, Sabtu lalu, sebaliknya fokus kepada pertemuan penting Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham esok.

Guardiola amat kecewa de­ngan kekalahan 2-1 di Old Trafford, selain keputusan ofsaid kontroversi dalam perlawanan itu, namun dia mahu pemain melihat ke hadapan apabila menerima kunjungan anak-anak buah Antonio Conte di Etihad.

“Saya beritahu pemain, ja­ngan buang tenaga memikirkan apa yang sudah berlaku. Fokus kepada Spurs.

“Membazir tenaga memikirkan perkara yang telah terjadi hanya akan mengganggu tumpuan anda untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Guardiola juga menjangkakan perancang utama mereka, Kevin De Bruyne akan kembali cergas untuk diturunkan esok biarpun terlepas sesi latihan semalam akibat kecederaan.

Skuad The Citizens yang kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Arsenal juga menerima perkhabaran baik apabila dua tonggak pertahanan, John Stones dan Ruben Dias yang terlepas pertemuan dengan United sudah kembali menyertai rakan sepasukan.

Guardiola juga mengakui, City perlu mencari jalan bagi memastikan penjaring terba­nyak liga, Erling Haaland mampu memberi sumbangan besar selepas penyerang Norway itu agak bergelut untuk memberi impak ketika menentang ­United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.