Hartawan Arab bayar RM11.27 juta demi Ronaldo, Messi

Hartawan Arab bayar RM11.27 juta demi Ronaldo, Messi

CRISTIANO Ronaldo diraikan ketika tiba di Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Seorang jutawan hartanah Arab Saudi membeli tiket istimewa untuk menonton pertembungan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam aksi persahabatan selepas memenangi bidaan AS$2.6 juta (RM11.27 juta).

Perlawanan di Riyadh esok bakal menampilkan Paris Saint-Germain (PSG) yang diketuai Messi berdepan Pasukan Pilihan Saudi yang menggabungkan kelab baharu Ronaldo, Al Nassr serta seteru mereka, Al Hilal.

Ia akan menyaksikan Ronaldo beraksi di Arab Saudi buat kali pertama sejak menandatangani kontrak dengan Al Nassr sehingga 2025 bernilai lebih 200 juta euro (RM933.6 juta).

Pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu kemudian akan membuat penampilan sulung dalam Liga Pro Saudi bersama Al Nassr pada Ahad.

Bagi mempromosikan perlawanan esok, Turki al-Sheikh, seorang penasihat di Mahkamah Diraja dan Ketua Penguasa Hiburan Am Arab Saudi, mengumumkan lelongan amal untuk tiket istimewa itu yang membolehkan pemilik tiket berpeluang bergambar dengan pemain serta mendapat akses ke bilik persalinan.

Bidaan bermula dari 1 juta Riyal (RM1.15 juta) dan Mushref al-Ghamdi diumumkan pemenang selepas membida RM11.27 juta.

Hasil lelongan akan disalurkan untuk kempen amal yang dikenali sebagai Ehsan.

Selain Messi, antara bintang PSG yang dijangka beraksi termasuk penyerang Perancis, Kylian Mbappe dan Achraf Hakimi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya