Hang Seo kini ‘peminat’ Vietnam B-23

Hang Seo kini ‘peminat’ Vietnam B-23

PARK Hang Seo tidak lagi membimbing skuad senior Vietnam selepas tamat Piala AFF 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sejurus tamat Piala AFF 2022 kelmarin, pengendali Vietnam, Park Hang Seo menegaskan, mulai sekarang, dia akan menjadi ‘peminat’ skuad bawah 23 tahun ­(B-23) Vietnam.

“Saya bukan lagi ke­tua jurulatih Vietnam dan mulai sekarang saya peminat skuad B-23 dan pasukan Vietnam,” kata pengendali kelahiran Korea Selatan itu sejurus tamat final di Bangkok.

Pengendali berusia 65 tahun itu sebak untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan senior selepas tewas 1-0 di tangan Thailand dalam perlawanan akhir kedua di Bangkok, sekali gus melenyapkan harapan bergelar juara dengan kekalahan agregat 2-3.

Antara kejayaan be­sar Hang Seo bersama Vietnam adalah menjulang Piala AFF 2018, selain layak ke suku akhir Piala Asia 2019 (kalah kepada Jepun 0-1) serta semasa skuad kendaliannya mara ke pusingan kelayakan akhir Piala Dunia 2022.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Thailand dan jurulatih Mano (Alexandre) ­Pol­king. Saya mahu memenangi kejuaraan ini dan memberi hadiah kepada peminat Vietnam tetapi saya gagal melakukannya. Saya minta maaf!

“Saya rasa kemam­puan saya masih kurang. Pemain telah bekerja keras dan saya harap penyokong memberi se­mangat bukan mengkritik pemain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya