Haaland pintas jumlah jaringan empat pemenang Kasut Emas EPL

Haaland pintas jumlah jaringan empat pemenang Kasut Emas EPL

ERLING Haaland membawa bola sebelum meledak gol ketiganya ketika membantu Manchester City menumpaskan Wolverhampton di Etihad, Manchester hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Hatrik Erling Haaland bukan sahaja membantu City membenam Wolverhampton 3-0 sebentar tadi, malah mengatasi jumlah 23 gol yang dicatat Jamie Vardy (2019-2020), Harry Kane (2020-2021) serta Mohamed Salah dan Heung-min Son pada 2021-2022 ketika memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hatrik keempat yang dilakukan bintang penyerang Norway itu musim ini membolehkannya mengumpul 24 gol keseluruhan, dan jumlah tersebut dilakar hanya dalam 20 perlawanan.

Sedangkan Vardy, Kane, Salah dan Heung-min memerlukan seluruh musim untuk meledak 23 gol, malah Haaland juga dua gol mengatasi Salah, Pierre-Emerick Aubameyang serta Sadio Mane ketika berkongsi trofi penjaring terbanyak liga musim 2018-2019.

ERLING Haaland melengkapkan hatriknya ketika membantu Manchester City menumpaskan Wolverhampton. – AFP

Haaland menyempurnakan gol pada minit ke-40, 50 dan 54 untuk memastikan City terus menghambat pendahulu liga, Arsenal dengan dua mata di belakang.

Skuad bimbingan Pep Guardiola menunjukkan keghairahan untuk mempertahankan kejuaran dengan mempamerkan aksi garang hanya tiga hari selepas menumpaskan Tottenham 4-2.

Selepas bermula perlahan selepas liga bersambung sebaik sahaja tamat Piala Dunia, Haaland kembali menemui rentak dan kini telah meledak 30 gol keseluruhan dalam semua pertandingan hanya pada musim pertama bersama City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.