Gakpo ‘senjata’ Liverpool hadapi Wolves

Gakpo ‘senjata’ Liverpool hadapi Wolves

CODY Gakpo (kanan) menjalani latihan pertama bersama Liverpool semalam dalam persiapan menghadapi Wolverhampton pada Piala FA esok. – IHSAN LIVERPOOL FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool ­menaruh harapan tinggi terhadap ayam tambatan baharu mereka, Cody Gakpo menje­lang pusingan ketiga Piala FA menentang Wolverhampton Wanderers esok.

Bintang muda Belanda itu menyertai latihan pertamanya di Pusat Latihan AXA, Kirkby semalam dan dijangka membuat penampilan sulung pada perlawanan tersebut.

Gakpo, 23, sepatutnya diturunkan ketika menentang Brentford Isnin lalu, namun masalah dokumentasi menghalang penggendali ­Liverpool, Jurgen Klopp untuk menyenaraikan pemain itu.

Reds tumpas 3-1 kepada Brentford dalam aksi di Stadium Gtech Community itu, sekali gus menyukarkan misi mereka untuk memburu empat kedudukan terbaik Liga Perdana Inggeris.

Gakpo yang menampilkan persembahan memberangsangkan bersama skuad Belanda dalam Piala Dunia di ­Qatar, bulan lalu dilihat mampu ­diletakkan di mana-mana posisi menyerang.

Klopp bagaimanapun ­dijangka menyenaraikannya sebagai pemain sayap kiri.

Percaturan itu akan membantu membuat umpanan kepada penyerang, Darwin ­Nunez yang bergelut musim ini.

Bintang Mesir, Mohamed Salah pula akan memainkan peranan penting di sayap kanan.

Ketiga-tiga pemain ini ­dilihat berlatih bersama ketika sesi latihan semalam untuk membentuk keserasian ­menjelang perlawanan menentang Wolves.

Tambahan pula, kelibat Roberto Firmino yang sebelum ini kerap menjadi pilihan jentera serangan Reds masih tidak kelihatan pada latihan semalam akibat kece­deraan.

Selain itu, Liverpool juga tidak akan menurunkan pertahanan tengah Belanda, ­Virgil van Dijk yang masih dibelenggu kecederaan hamstring. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.