Dugro lebarkan sayap ke Amerika Syarikat

Dugro lebarkan sayap ke Amerika Syarikat

K. Dineshvaran menjadi kebanggaan Malaysia apabila menjadi pemain pertama negara beraksi dalam Liga Ragbi Utama Amerika Syarikat bersama Chicago Hounds. - IG DUGRO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tonggak skuad ragbi 15 sebelah (15s) negara, K. Dineshvaran bakal memasuki fasa baharu dalam kariernya apabila berkelana ke Amerika Syarikat (AS) untuk beraksi buat kelab Liga Ragbi Utama AS (MLR), ­Chicago Hounds.

Lebih dikenali dengan julukan Dugro oleh peminat ragbi tempatan, pemain dengan ke­tinggian 1.95 meter itu menjadi pemain Malaysia pertama ­beraksi dalam liga di AS.

Dugro, 34, bakal berlepas ke AS pada pukul 8 pagi hari ini.

Dia sebelum ini dikhabarkan bakal menyertai kelab Houston Sabercats di AS selepas beraksi dalam Liga Ragbi Jepun dengan dua kelab iaitu lapan tahun bersama Yamaha Jubilo (2013-2018) dan tiga tahun bersama Hino Red Dolphins sebelum kontraknya tamat tahun lalu.

DUGRO (tengah) akan menguji kemampuannya di Amerika Syarikat.

“Buat masa ini, persiapan ke sana agak kelam kabut sebab saya akan berlepas awal pagi esok (hari ini). Apa pun, saya sangat bangga dengan penyertaan ini, rasa gembira kerana akan dapat beraksi dalam liga ragbi di Amerika.

“Ini peluang kedua untuk saya bermain secara profesional di luar negara. Saya rasa ber­syukur dan teruja untuk ke sana,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dugro membuat keputusan beralih ke Liga AS selepas tiada lagi kuota bagi pemain Asia ­beraksi dalam, Liga Jepun, menyebabkannya mencari peluang baru di negara lain.

Ketika ditanya mengenai pemilihannya ke Amerika dan bukan liga Eropah atau Afrika, Dugro berkata, dia telah melihat perkembangan liga ragbi yang memberangsangkan di negara itu, selain berpendapat kesempatan itu wajar digunakan untuk meraih lebih banyak pendedahan bermain dalam liga di luar negara.

“Dalam beberapa tahun ­kebelakangan ini, saya lihat Amerika ada liga ragbi yang sedang berkembang, malah mereka juga ada pemain dari negara lain seperti Jepun, Afrika Selatan…saya rasa peluang ini baik untuk pendedahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya