Caion mahu pecah rekod bersama KL City

Caion mahu pecah rekod bersama KL City

Herlison Caion
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggempur baharu Kuala Lumpur City (KL City), Herlison Caion melaungkan keyakinan untuk memecah rekod jaringan yang dilakukannya bersama Selangor musim lalu.

Bersama skuad Gergasi Merah, Caion menjaringkan 24 gol dalam semua pertandi­ngan sebelum mengambil ­beraksi di bawah kendalian Bojan Hodak.

Menurut penyerang dari Brazil itu, dia teruja dengan kualiti serangan KL selain selesa bergandingan bersama Tchetche Kipre, Paulo Josue, Patrick Reichelt dan Romel Morales.

Katanya, keserasian di jentera serangan akan lebih banyak membantunya kerana akan memiliki lebih banyak kebebasan bergerak di dalam kotak penalti lawan.

“Di bahagian serangan saya rasa teruja kerana di sini ada Kipre, Paulo, Morales dan seorang lagi Patrick, saya pernah beraksi bersamanya dengan Suphanburi.

“Dengan kehadiran ramai pemain sebegini, saya semakin bersemangat untuk membuktikan sesuatu di KL City.

“Saya meletakkan azam untuk menjaringkan lebih banyak gol berbanding semasa di Selangor selepas menjaringkan 24 gol pada musim lalu,” katanya.

Selepas cemerlang membantu Red Giants mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 serta meraih kedudukan kelima Liga Super, Caion, 33, membuat kejutan apabila memilih untuk bersama seteru Lembah Klang, KL City.

Situasi itu sememangnya tidak dijangkakan sebahagian besar peminat Selangor yang pada mulanya Caion akan kekal di Red Giants.

Begitupun buat Caion, itu satu pilihan yang mudah kerana memang menyimpan hasrat meneruskan karier di Liga Malaysia selain mahu bekerjasama dengan Bojan Hodak.

“Saya tahu ramai yang terkejut apabila ketahui saya datang ke sini tetapi ini bukan satu keputusan yang sukar sebenarnya apabila tawaran dari KL City datang.

“Saya tidak sabar bekerjasama dengan Hodak, iaitu salah seorang jurulatih yang berpengalaman dan harap saya boleh mengikuti taktikal yang direncanakan oleh beliau,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya