Benfica tolak tawaran RM593 juta untuk Enzo

Benfica tolak tawaran RM593 juta untuk Enzo

ENZO FERNANDEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Kelab bola sepak Portugal, Benfica menolak tawaran pertama Chelsea untuk mendapatkan bintang tengah Argentina, Enzo Fernandez.

Fernandez, 21, berada dalam radar Blues yang melihatnya mampu menjadi penyelesaian untuk jangka panjang terutama bagi posisi pemain tengah.

Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2022 tersebut mempunyai klausa pelepasan bernilai 106 juta pound (RM561 juta).

Begitupun, kelab Portugal tersebut tetap menolak permintaan Chelsea biarpun ditawarkan 112 juta pound (RM593 juta) kerana bayaran mahu dilakukan secara ansuran dan berstruktur.

Jumlah itu juga dipercayai bakal memecah rekod perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana melebihi nilai klausa pelepasan.

Meskipun mahal, Benfica jelas keberatan menjual pemainnya yang menjadi tumpuan ekoran prestasi hebat ketika mambantu Argentina menjulang Piala Dunia di Qatar bulan lalu, menewaskan Perancis di final.

Jika Chelsea tetap mahu ­perjanjian dilakukan, Benfica menuntut kelab London itu membayar klausa pelepasan Fernandez secara penuh ­kerana mahu menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan pemain baharu.

Fernandez sebelum ini pulang ke negaranya semasa sambutan Tahun Baharu, tindakan yang dilihat bertentangan dengan nasihat pe­ngurusnya, Roger Schmidt.

Tindakan tersebut meletakkan kedudukannya kini seperti di dalam ‘air panas’.

Dia juga dilapor­kan telah bersetuju de­ngan syarat peribadi yang bersama Chelsea, meskipun perpindah­an belum berlaku.

Sekiranya perjanjian untuknya diselesaikan bersama Mykhailo Mudryk dari Ukraine, ini bermakna pemilik Blues, Todd Boehly akan membelanjakan 250 juta pound (RM1.3 bilion) untuk pemain baharu dalam masa tujuh bulan sahaja. – AGENSI

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.