AS dipilih menjadi tuan rumah Copa America 2024

AS dipilih menjadi tuan rumah Copa America 2024

Kapten Argentina, Lionel Messi berjaya mendakap kejuaraan Copa America 2021 ketika menewaskan Brazil 1-0 Stadium Maracana. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUQUE,Paraguay: Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) telah mengesahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Copa America 2024.

Ia bagi menggantikan penganjur asal, Ecuador yang sepatutnya berada dalam senarai penggiliran CONMEBOL untuk menganjurkan kejohanan ini, namun mereka terpaksa menarik diri daripada menjadi tuan rumah pada November lalu disebabkan kebimbangan terhadap isu keselamatan serta infrastruktur.

Ini bukanlah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di luar negara Amerika Selatan kerana AS pernah dipilih menjadi tuan rumah pada 2016 sebagai sambutan untuk meraikan ulang tahun yang ke 100 kejohanan ini diadakan.

Lebih menarik, kejohanan kali ini akan mengalami perubahan format pertandingan apabila akan menampilkan sebanyak 16 pasukan bertanding, 10 daripadanya adalah pasukan dari Amerika Selatan, dan baki negara yang akan mengambil bahagian adalah dari Amerika Utara dan Tengah serta Kepulauan Carribean.

Bagaimanapun, AS yang akan menjadi tuan rumah bersama untuk Kejohanan Piala Dunia 2026 bersama Mexico dan Kanada tidak akan diberikan slot automatik untuk saingan Copa America.

Edisi 2021 yang ditangguhkan kerana penularan wabak Covid-19 menyaksikan Argentina berjaya dinobatkan sebagai juara selepas menang tipis 1-0 ke atas tuan rumah, Brazil dalam aksi yang berlangsung di Stadium Maracana.-AGENSI   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya