Arul buntu Speedy Tigers longlai

Arul buntu Speedy Tigers longlai

PEMAIN Malaysia jelas kecewa selepas tumpas 3-6 kepada Afrika Selatan dalam perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga 16, Hoki Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA: Ketua Jurulatih Malaysia, A. Arul Selvaraj me­ngakui, beliau buntu dan tiada jawapan mengapa anak-anak buahnya mempamer aksi buruk ketika dibenam 6-3 oleh Afrika Selatan dalam perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16, hoki Piala Dunia 2023 semalam.

Dalam aksi di Stadium Birsa Munda, Speedy Tigers yang pada awalnya dilihat mampu menewaskan lawan yang ­berada pada ranking ke-15 dunia bagaimanapun ketinggalan 0-3 selepas tamat suku pertama.

Kekalahan itu bermakna, hajat Malaysia pulang bersama kedudukan kesembilan lebur, sekali gus menggugat peluang untuk kekal dalam kelompok 10 terbaik dunia.

PEMAIN Mohamad Ashran Hamsani (dua kiri) cuba memukul bola ke arah gawang gol Afrika Selatan pada perlawanan klasifikasi 9 hingga 16, Piala Dunia 2023 di Stadium Antarabangsa Birsa Munda, Rourkela, India semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Kita kalah dalam 30 minit pertama dan saya tiada jawapan kenapa perkara itu terjadi. Ia sukar untuk kita mengejar apabila sudah ketinggalan 0-3.

“Pandangan saya ia bukan kerana mental pemain tetapi ­keinginan mereka dan emosi yang tinggi untuk melakukan sesuatu dengan betul.

“Situasi itu boleh menyebabkan berlakunya banyak kesilapan. Mereka cuba dan berjuang sehabis baik tetapi ia masih tidak berlaku,” kata Arul.

 

Malaysia dilihat seperti masih sukar melupakan kekecewaan gagal memenuhi sasaran ke suku akhir selepas tewas 3-4 menerusi penentuan pe­nalti shoot-out kepada Sepanyol, Ahad lalu.

Beraksi dalam cuaca panas sepatutnya bukan alasan buat pemain negara yang dilihat gagal menyesuaikan diri hingga membenarkan Afrika Selatan meraih gol pertama menerusi Bradley Sherwood seawal minit kesembilan.

Kekerapan memberi pukulan sudut penalti kepada Afrika Selatan, pasukan yang dikalahkan 7-2 pada Piala Sultan Azlan Shah tahun lalu mengundang padah.

Afrika Selatan menggandakan kedudukan melalui Guy Morgan pada minit ke-17 dan menambah gol ketiga melalui Nqobile Ntuli pada minit ke-26.

Muhammad Razie Abd. Rahim meledak dua daripada tiga gol Malaysia, manakala satu lagi jaringan disempurnakan Muhammad Firhan Ashari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya