Arsenal ada 'senjata' bedil Manchester United

Arsenal ada ‘senjata’ bedil Manchester United

MAMPUKAH Arsenal membalas dendam terhadap Manchester United?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal membawa misi serampang dua mata, ­bukan sahaja mahu mengukuh­kan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris, malah membalas dendam terhadap satu-satunya lawan yang me­ngalahkan mereka musim ini apabila berdepan Manchester United di Emirates hari ini.

Kehadiran dua ‘senjata’ baharu iaitu penyerang, Leandro Trossard (Brighton) serta pertahanan Poland, Jakub Kiwior (Spezia) yang baru tiba 48 jam lalu akan menjadi tonik tambahan buat pengendali Gunners, Mikel Arteta.

Trossard, 28, tonggak Piala Dunia Belgium diharap menjadi penyelesaian terbaik buat Arsenal di posisi penggempur memandangkan Gabriel Jesus masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut, dan penggantinya, Eddie Nketiah belum menunjukkan persembahan memberangsangkan.

KEHADIRAN Leonardo Trossard menajamkan jentera serangan Arsenal.

“Kami amat gembira berjaya mendapatkannya (Trossard), dia tahu mengenai liga ini dan saya rasa dia mampu memberi impak segera buat pasukan.

“Saya rasa dia mempunyai semua kualiti diperlukan, seorang pemain bijak dan anda ­lihat apa yang sudah dilakukan sejak beberapa tahun lalu, dia sesuai dengan gaya permainan kami,” kata Arteta.

Arsenal juga dalam momentum terbaik apabila belum tewas dalam 12 perlawanan ter­akhir, dengan terbaru, ­menang 2-0 ke atas jiran mereka, ­Tottenham, Isnin lalu.

UNITED IDAM KEMENANGAN BERGANDA

Sementara itu, pengendali United, Erik ten Hag berkata, pasukannya tahu bagaimana hendak mengalahkan Arsenal dan berazam membawa ­pulang kemenangan berganda selepas menewaskan Gunners 3-1, ­September lalu. Begitupun tugas Red Devils kali ini tidak mudah.

Mereka kehilangan bintang ­tengah, Casemiro yang digantung perlawanan, selain diikat 1-1 oleh Crystal Palace dalam aksi terakhir liga dan bakal bertandang pula ke tempat ­lawan.

Berada di tangga ketiga liga dengan 39 mata, lapan mata di belakang Arsenal, Ten Hag ­dijangka mempertaruhkan ­penyerang Belanda, Wout ­Weghorst yang membuat penampilan pertama ketika berdepan Palace.

“Kami pernah menewaskan Arsenal tanpa Casemiro dan kami akan melakukan perkara yang sama kali ini.

“Casemiro merupakan ­pemain penting untuk pasukan, dan antara penyebab utama kami kini berada di kedudukan sekarang,” jelas Ten Hag.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.