Air mata iringi kemenangan Sabalenka pada Terbuka Australia

Air mata iringi kemenangan Sabalenka pada Terbuka Australia

ARYNA Sabalenka menjulang trofi Terbuka Australia selepas menewaskan Elena Rybakina di Melbourne hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Aryna Sabalenka yang penuh emosi bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Elena Rybakina dalam perlawanan akhir tenis Terbuka Australia hari ini, sekali gus menjulang gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya.

Pemain No. 2 dunia dari Belarus itu terbaring di atas gelanggang sambil menangis sejurus selepas melakar kemenangan 4-6, 6-3, 6-4 dalam pertarungan sengit dua jam, 28 minit di Rod Laver Arena.

Sabalenka, 24, mengesat air matanya sebelum diberikan pelukan hangat oleh juara Wimbledon, Rybakina dari Ukraine yang memberi tentangan sengit kepadanya.

Aryna Sabalenka (kanan) bergambar bersama Elena Rybakina selepas tamat final Terbuka Australia di Melbourne hari ini. – AFP

Sabalenka, pilihan kelima kemudian berlari ke tempat duduk penonton untuk meraikan kemenangan bersama pasukannya.

“Terima kasih, pasukan saya, pasukan paling gila dalam jelajah. Kami telah melalui banyak perkara sukar tahun lalu.

“Terima kasih banyak-banyak atas apa yang kamu lakukan untuk saya. Saya sayang kamu semua,” kata Sabalenka kepada pasukannya selepas menerima trofi.

Dia menambah: “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Elena untuk dua minggu yang luar biasa. Anda adalah pemain yang hebat dan sudah tentu kami akan mengharungi lebih banyak lagi pertarungan, semoga di peringkat akhir Grand Slam.” – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya