59,000 'ekor harimau' tetap gerunkan Thailand

59,000 ‘ekor harimau’ tetap gerunkan Thailand

WALAUPUN Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak akan menerima kapasiti penuh pada separuh akhir pertama Piala AFF esok, namun Harimau Malaya tetap mendapat sokongan maksimum dari peminat apabila berdepan Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun Stadium Nasional Bukit Jalil tidak boleh menggunakan kapasiti maksimum pada separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia menentang Thailand esok, namun kehadiran 59,000 penonton tetap mampu menggerunkan lawan.

Dalam aksi terakhir Kumpulan B, Selasa lalu, ‘rumah keramat’ Harimau Malaya itu juga tidak ‘full house’, namun 65,147 penyokong yang hadir cukup untuk menenggelamkan Singapura dan membantu Malaysia melakar kemenangan 4-1.

Hasrat untuk menyaksikan semua penjuru stadium dipenuhi seperti separuh akhir Piala AFF 2018, di mana 87,545 kehadiran dicatat ketika berdepan Thailand tidak dapat dilakukan kerana 21,000 tempat duduk terpaksa dikorbankan oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.

Begitupun, dengan 59,000 tiket yang ditawarkan habis terjual tidak sampai 24 jam jualan dibuka memberi jaminan Harimau Malaya akan mendapat sokongan maksimum daripada pemain ke-‘12’.

PEMASANGAN struktur pentas konsert Jay Chou menyebabkan 21,000 tempat duduk di Stadium Buki Jalil terpaksa dikorbankan.

Pengurus pasukan Thailand, Nualphan Lamsam atau yang lebih dikenali dengan panggilan Madam Pang mengakui, kebanjiran penyokong kuning hitam akan menjadi cabaran terbesar buat juara enam kali itu untuk mencari bekalan di Bukit Jalil.

“Ini akan menjadi satu perlawanan yang sukar. Akan ada tekanan apabila kita berdepan Malaysia di Bukit Jalil kerana puluhan ribu penyokong akan hadir.

“Thailand belum pernah menewaskan Malaysia di stadium itu jadi kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Oleh kerana peraturan gol di tempat lawan masih digunakan, kita perlu menjaringkan gol di Bukit Jalil.

“Gol di tempat lawan sangat penting untuk dibawa ke perlawanan kedua di Stadium Thammasat nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya