Selangor bakal kembali digeruni

Selangor bakal kembali digeruni

FAISAL Halim (kanan), V. Ruventhiran (tiga, kiri) dan Ahmad Khuzaimi Piee (tiga, kanan) tiga pemain Harimau Malaya yang menjadi muka baharu menguatkan Selangor FC pada musim 2023
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak lapan ­tahun terakhir ini pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) se­ring me­nguasai skuad kebangsaan setiap kali tiba kejohanan besar, namun Piala AFF 2022 memperlihatkan senario berbeza dengan Selangor FC mengambil alih dominasi.

Bukan sekadar dipanggil melengkapkan pasukan gara-gara pemain Harimau Selatan tidak dilepaskan majikan mereka, sebaliknya pemain-pemain Gergasi Merah menjadi tonggak Harimau Malaya.

Perkembangan itu meng­gem­birakan pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe dan mencetus keterujaan buat penyokong Merah ­Kuning menje­lang kempen 2023.

Sebagai bekas jurulatih kebangsaan, Cheng Hoe sedar mendapat panggilan negara memberi manfaatkan kepada mana-mana pemain, terutama dalam meningkatkan keyakinan serta ­me­n­guji kemampuan di pentas tinggi.

SHARUL Nazeem Zulpakar antara yang memberi impak besar buat Harimau Malaya.

Melihat ramai pemainnya ­beraksi di pentas AFF, malah menunjukkan permainan matang memberi keyakinan kepadanya, Selangor yang sudah lama tidak mendakap trofi boleh memasang impian besar pada sai­ngan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Ketika mem­belasah Laos 5-0, Sabtu lalu, enam pemain Sela­ngor iaitu Faisal Halim, Sharul Nazeem Zulpakar, Quentin Cheng, Fazly Mazlan, Nor Hakim Hassan dan Muhkhairi Ajmal Mahadi memberi impak positif apabila diturunkan dalam ke­sebelasan utama.

Selain enam pemain itu, turut menganggotai skuad bim­bingan Kim Pan Gon ialah V. Ruventhiran, Ahmad Khuzaimi Piee, Brendan Gan dan Alif Haiqal Lokman Hakim Lau.

“Pemain seperti Sharul Nazeem, Brendan, Mukhairi, Faisal dan Nor Hakim nampak sangat memberansangkan, manakala prestasi Nor Hakim jelas membuktikan dia layak mewakili Harimau Malaya. Saya harap dia dapatkan mengekalkan prestasinya,” kata Cheng Hoe kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya