Piala Liga: City singkirkan Liverpool

Piala Liga: City singkirkan Liverpool

PERTAHANAN Manchester City, Nathan Ake meraikan gol ketiga pasukannya ketika menentang Liverpool di pusingan keempat Piala Liga di Stadium Etihad, Manchester. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Liverpool bermula dengan langkah kiri sebaik sahaja saingan domestik kembali bersambung selepas tamat Piala Dunia 2022 apabila  gagal mempertahankan kejuaraan Piala Liga, disingkir 3-2 oleh Manchester City pada pusingan keempat awal pagi tadi.

Tandukan Nathan Ake pada minit ke-58 memastikan kemenangan City selepas pertembungan dua gergasi itu di Etihad berlangsung sengit.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), City dua kali mendahului menerusi Erling Haaland dan Riyad Mahrez, namun Liverpool mengejar hasil jaringan Fabio Carvalho dan Mohamed Salah.

Selepas Ake menjadikan 3-2 sejurus sebelum sejam perlawanan, pelawat gagal mendapatkan gol penyamaan ketiga.

“Selepas Piala Dunia dan lama tidak bermain, kedua-dua pasukan mempamer aksi menakjubkan dengan permainan dan intensiti yang tinggi.

“Liverpool amat sukar untuk ditundukkan, apabila mereka bermain baik, mereka akan memusnahkan anda,” kata pengurus City, Pep Guardiola kepada Sky Sports

Guardiola turut memuji Kevin de Bruyne yang dilihat kembali menemui semangat selepas prestasi buruk bersama Belgium dalam Piala Dunia.

“Kevin bermain dengan api di dalam dirinya. Dia perlu terus mencarinya, diapemain yang hebat. Berapa tahun sudah dia berada di sini? Lapan tahun? Dia legenda sebenar,” katanya.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, City adalah pasukan yang hebat,  namun mengakui, benteng rapuh Reds turut memudahkan kerja lawan.

“Gol yang kami lepaskan sepatutnya tidak berlaku…Kami bermain perlawanan yang bagus tetapi tidak cukup bagus untuk menewaskan City malam ini.

“Banyak yang kami boleh tingkatkan dan kami boleh ke perlawanan berikutnya dengan lebih baik dan itulah yang kami akan lakukan,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya