Perjuangan Malaysia tersekat di separuh akhir

Perjuangan Malaysia tersekat di separuh akhir

AIFA Azman (kanan) memberikan tentangan sengit kepada Nouran Gohar dalam separuh akhir Skuasy Berpasukan Wanita Dunia di Kaherah semalam. – IHSAN World Squash Federation
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjuangan skuad kebangsaan berakhir selepas kecundang 0-2 kepada juara bertahan, Mesir pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2022 di Kaherah, Mesir semalam.

Kekalahan itu juga bermakna Malaysia dan England yang juga tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat dalam satu lagi separuh akhir berkongsi kedudukan pingat gangsa.

Dalam aksi separuh akhir, Chan Yiwen yang tampil buat kali pertama bersama skuad kebangsaan dalam kejuaraan berpasukan dunia akur dengan kehebatan pemain No. 3 dunia, Hania El Hammamy apabila tumpas straight set 8-11, 2-11, 5-11 dalam masa 23 minit.

Seorang lagi wakil negara, Aifa Azman yang turun beraksi menentang Nouran Gohar berusaha memberikan tentangan sengit dan berjaya memaksa bintang No. 1 dunia itu berada dalam gelanggang selama 43 minit sebelum kalah 8-11, 11-13, 11-3, 4-11.

Kedudukan Mesir mendahului 2-0, bermakna satu lagi pertemuan antara jaguh No. 2 dunia, Nour El Sherbini menentang pemain Malaysia yang menghuni ranking ke-25 dunia, Rachel Arnold tidak lagi perlu dilangsungkan.

PASUKAN Malaysia bergambar dengan pemain Mesir sebelum memulakan perlawanan.

Jurulatih Malaysia, Ajaz Azmat ketika ditemu bual selepas perlawanan berkata, walaupun anak-anak buahnya itu tewas kepada pasukan handalan, Mesir, tetapi, mereka mempamerkan persembahan yang baik.

“Mereka menunjukkan permainan yang sangat positif dan cuba mendapatkan keputusan yang bagus, hari ini,” katanya.

Mengulas pula persembahan Aifa, Ajaz memberitahu, persembahan yang dipamerkan pemain perseorangan No. 2 negara itu adalah yang terbaik sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Katanya lagi, selepas bekerja keras sepanjang kejohanan, skuad Malaysia akhirnya memiliki peluang untuk berehat dan merancang untuk berkunjung ke lokasi tumpuan pelancong iaitu Piramid.

Pencapaian Malaysia dalam kejohanan berpasukan dunia ialah pada 2014 apabila muncul naib juara selepas tumpas kepada England dalam perlawanan akhir di Kanada, manakala pada 2006, 2008, 2010 dan 2012 mereka menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.