Pan Gon jadi pengintip intai perlawanan Singapura

Pan Gon jadi pengintip intai perlawanan Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan penggendali kebangsaan, Kim Pan Gon ketika sesi latihan pasukan negara hari ini di Wisma Persatuan Bola Sepak (FAM) mencetuskan persoalan.

Difahamkan Pan Gon sudah pun terbang ke seberang tambak untuk menyaksikan perlawanan antara Singapura yang menentang Vietnam malam ini di Stadium Jalan Besar,Kallang.

Ia bagi memastikan Pan Gon mendapat gambaran terkini Singapura menjelang pertemuan skuad negara dengan pasukan itu bagi aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF Selasa depan.

Ketika ini, Malaysia berada di tangga kedua kumpulan, mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Myanmar dan Laos, begitu juga Singapura, namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Justeru, jika Singapura berjaya melakar kejutan ke atas Vietnam pada malam ini, ia bakal menjadi tugasan yang sukar buat barisan pemain negara untuk layak ke separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya