Nafuzi Zain sah Hijau Kuning

Nafuzi Zain sah Hijau Kuning

NAFUZI Zain diperkenalkan sebagai Ketua Jurulatih Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas berbulan-bulan dikaitkan dengan perpindahan ke utara tanah air, Kedah Darul Aman (KDA) hari ini mengumumkan, Mohd. Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih baharu Sang Kenari musim depan.

Pelantikan jurulatih berusia 44 tahun itu diumumkan media sosial rasmi KDA FC, di mana majlis menandatangani kontrak sempurnakan oleh pemilik majoriti kelab, Tan Sri. Dr. Mohd Daud Bakar hari ini.

Selepas cemerlang sepanjang enam musim bersama Terengganu FC, Nafuzi menggalas tugas berat untuk mengembalikan kegemilangan Kedah musim depan.

Sepanjang membimbing Terengganu dari 2018 hingga 2022, banyak pencapaian luar biasa dan membanggakan yang telah dikecapi Nafuzi.

NAFUZI Zain diperkenalkan sebagai Ketua Jurulatih Kedah.

Beliau dan Terengganu menikmati satu musim yang amat cemerlang tahun ini apabila menempatkan Sang Penyu muncul naib juara Liga Super 2022, sekali gus meraih tiket Piala AFC 2023.

Terengganu juga muncul naib juara Piala FA selepas tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selain mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Ketika zamannya sebagai pemain, beliau pernah menyarung jersi skuad Hijau Kuning dari 2007 hingga 2009 sebelum menyertai Kelantan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya