Nafuzi mahu bangunkan anak jati Kedah

Nafuzi mahu bangunkan anak jati Kedah

MOHD. Nafuzi Zain (kanan) menandatangani kontrak sambil disaksikan Mohd. Daud Bakar (tengah) dan Khamal Idris Ali pada Majlis Pemeteraian MoU Bersama Rakan Strategik serta Memperkenalkan Barisan Kejurulatihan KDA FC di House Of Sang Kenari, Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengendali baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd. Nafuzi Zain mahu memberi tumpuan kepada pembangunan anak-anak jati Kedah untuk diberi peluang bagi membela nasib pasukan negeri dalam saingan bola sepak tempatan.

Ketua jurulatih berusia 44 tahun itu berkata, beliau memberi keutamaan kepada anak jati negeri itu terlebih dahulu sebelum menilai membawa masuk pemain tempatan lain jika terdapat keperluan.

Katanya, langkah itu selari dengan pendiriannya selama ini yang suka ‘mencipta’ pemain berkualiti, daripada terlalu bergantung terhadap usaha mendapatkan pemain-pemain dari pasukan lain.

“Kita tahu di Kedah ini ada ramai pemain muda berkualiti yang boleh diketengahkan. Saya sendiri akan melihat bakat anak-anak muda yang bermain di Liga Kedah untuk melihat kualiti yang ada pada mereka.

“Pada musim sebelum ini pun, ada beberapa pemain muda Kedah yang banyak kali diberi ruang beraksi dan saya yakin mereka mampu menjadi lebih matang musim depan.

“Saya tidak bawa pemain dari Terengganu FC ke Kedah dan ­insya-Allah, kita akan ‘buat’ pasukan ini dengan pemain-pemain Kedah,” katanya.

Belia berkata demikian selepas Majlis Pemeteraian Me­morandum Persefahaman (MoU) Bersama Rakan Strategik serta Memperkenalkan Barisan Kejurulatihan KDA FC di House Of Sang Kenari dekat Kanchut semalam.

Ditanya mengapa memilih KDA sebagai untuk melanjutkan karier sebagai jurulatih, Nafuzi mengakui, antara sebab berbuat demikian adalah tertarik dengan perancangan pihak pengurusan, terutama pemilik kelab, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar.

Dalam pada itu, Mohd. Daud berkata, Nafuzi bakal dibantu dua individu berkaliber dari Brazil, Antonio Silvio Santos Concalves serta Helber Richard Quintana Silva yang akan bertindak sebagai jurulatih kecergasan serta ahli fisioterapi pasukan.

“Kami akan menampilkan 25 pemain untuk saingan Liga Super kali ini, dan ada antara mereka sudah pun ditandatangani manakala selebihnya akan diumumkan pada masa akan datang.

“Kami memberi kebebasan kepada Nafuzi menentukan pemain dikehendakinya yang dirasakan terbaik untuk pasukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, jersi nombor tujuh pasukan itu yang sebelum ini tidak digunakan mana-mana pemain sebagai penghormatan pemain le­genda Kedah, Baddrol Bakhtiar akan terus ‘dikosongkan’ pada musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.