Malaysia perlu menang ke atas Singapura - Wilkin

Malaysia perlu menang ke atas Singapura – Wilkin

PEMAIN Malaysia pulang ke tanah air hari ini selepas pertemuan menentang Vietnam di Hanoi malam tadi. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin berjanji skuad kebangsaan akan bangkit pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Pemain Sabah berusia 24 tahun itu berkata, kekalahan menimpa Malaysia merupakan satu pengajaran buat dirinya dan rakan sepasukan.

“Kami telah memberikan persembahan yang baik, saya bangga dengan rakan sepasukan.

“Kami cuba mengikut perancangan jurulatih, tetapi dalam bola sepak ada kalah dan menang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Vietnam yang berkesudahan Malaysia tewas 3-0 di Stadium Nasional My Dinh, dekat Hanoi, malam tadi.

Menurut pemain warisan kelahiran England itu, selepas ini, Malaysia akan turun beraksi menentang Singapura pada 3 Januari ini.

“Saya akan cuba mendapatkan kemenangan buat skuad negara agar kita dapat layak ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia berada di belakang Vietnam dalam aksi Kumpulan B, manakala, Singapura di tempat ketiga.

Skuad bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon itu wajib melakar kemenangan ke atas Singapura yang merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, misi untuk memburu juara Kumpulan B dilihat sukar ekoran kekalahan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya