Hernandez serap semangat abang

Hernandez serap semangat abang

THEO Hernandez meraikan gol pembukaan Perancis ketika menumpaskan Maghribi pada separuh akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al-Bayt, Al Khor. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR, Qatar: Jaringan Theo Hernandez membantu Perancis melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut selepas menumpaskan Maghribi 2-0, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, ceritanya mungkin berbeza jika abang Theo, Lucas tidak mengalami kecederaan di awal kejohanan.

Lucas koyak ligamen anterior cruciate ketika Les Bleus membenam Australia 4-1 dalam perlawanan pembukaan, sekali gus bukan sahaja terlepas seluruh kejohanan, malah harus berehat beberapa bulan.

Insiden malang itu berlaku beberapa hari selepas Les Bleus kehilangan pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema kerana kecederaan paha dan jurulatih Perancis, Didier Deschamps sudah kehilangan pemain tengah yang juga pilihan utama, Paul Pogba serta N’Golo Kante.

Ia menyebabkan Deschamps terpaksa melupakan formasi tiga pertahanan dan kembali kepada 4-3-3 dan 4-2-3-1  sepanjang kempen di Qatar.

THEO Hernandez ketika meraikan gol pembukaan Perancis. – AFP

Theo yang lebih pantas daripada abangnya, menggantikan Lucas untuk mengisi posisi pertahanan kiri, di mana dia bermain dengan baik sepanjang kejohanan.

“Saya bermain untuk diri saya sendiri dan untuk Lulu (Lucas).

“Apabila jurulatih memanggil saya, Lucas bangga dengan saya, dan saya bangga dengannya. Kami mahu dia bersama kami.

“Ia benar-benar sukar untuknya, kecederaannya sangat panjang. Saya mahu menang untuk abang saya. Kami bercakap setiap hari sejak dia pergi,” kata Theo kepada L’Equipe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN